Saturday, May 21, 2016

Ulasan Permainan STELLARIS


 
                                                                    "Steam client"

Ketuk ketampi 10 kali!...haha...dah lama betul aku tak kemaskini blog ni. Tapi kali ni bukan nak bercerita berkenaan kemaskini blog.

Sekadar mahu berkongsi pendapat dengan pembaca berkenaan permainan baru yang dihasilkan oleh Paradox Development Studio dan diterbitkan oleh syarikat Paradox Publisher. Permainan komputer yang dihasilkan dan baru dilepaskan kumpulan ini diberi nama STELLARIS. Permainan ini dilepaskan melalui STEAM pada 9 Mei 2016. Pembaca yang berminat boleh dapatkan permainan ini melalui "Steam client" sepertimana diatas. Disinilah tempat aku selalu membuang masa...;-).

Permainan ini dikenali sebagai "Grand Strategy Wargame" dan sekiranya mengikut wiki permainan komputer jenis ini didefinisikan sebagai  permainan yang memberi fokus terhadap strategi keseluruhan permainan perang dari segi pergerakan dan penggunaan sumber negara atau empayar; ala-ala Master of Orion, Europa Universalis dan Crusader King. (Mungkin ada lagi yang pembaca tahu)

Macam bosan aje kan?!

Cuma STELLARIS berkisar tentang empayar di angkasa; okay nampak dah macam naik sikit dah bulu roma tu...;-)

Grafik? Pembaca jangan risau; ya, masih mengikuti perkembangan zaman cuma pemain tidak dapat mengawal setiap unit sebagaimana permainan RTS. Lagipun lebih banyak lagi perkara yang berlaku dalam ruang angkasa yang perlu pemain risaukan ketika itu;-).

Permulaan permainan pemain akan dipaparkan dengan antaramuka hadapan STELLARIS, sebagaimana gambar dibawah.

  Di sini pemain akan diberi pilihan permainan dari "New Game", "Multiplayer", "Load Game", "Credits", "Settings" dan "Exit",  jadi sekiranya pemain memilih untuk klik pada pilihan "Exit" apa saya boleh buat, sebab disini saya nak berkongsi pengalaman saya bermain permainan ini. Nak cerita lain pembaca tunggu lain masa ye...;-).

Jadi, sebagaimana biasa bila pemain sudah bersedia mental dan fizikal klik "New Game" dan pemain akan dipaparkan dgn skrin seperti dibawah.
Pemain akan dipaparkan dengan pilihan empayar yang akan dibina pemain, "Random", "Create New" dan pilihan dari yang telah disediakan. Saya memilih untuk membina empayar yang dipelopori manusia; dalam kes ini "United Nations of Earth". Ya, pemain akan menghadapi, bertemu, berdagang, berdiplomasi  dan berperang dengan pelbagai spesis hidupan cerdas seperti manusia dalam permainan ini.
Saya sebagaimana biasa bila memulakan mana-mana permainan komputer saya akan memilih untuk bermain pada tahap paling susah; samalah juga dalam STELLARIS, saya memilih "Insane" untuk tahap "Difficulty", kerana ia sesuatu yang mencabar dan saya cepat bosan...sekian...hehe

Walaubagaimanapun tanpa "Ironmode".

STELLARIS mempunyai tiga tahap kesusahan(Difficulty); "Normal", "Hard" dan "Insane", pilihlah mengikut selera pemain.


 Bila saya memulakan permainan ini; empayar yang saya mahu bina dimulakan dari sistem solar yang kita diami ini; saya tidak pasti adakah ini suatu kebetulan atau secara normalnya sistem permainan ini akan memilih sistem solar sebagai induk manusia ataupun United Nations of Earth. Sekiranya pemain memulakan permainan sebagai UNoE dan dimulakan di sistem bintang yang lain, harap dimaklumkan dalam komen "post" ini.

"Because I don't have time to read the manual, I want to play the game!".

Awalnya permainan agak sukar difahami kerana ini kali kedua saya bermain permainan komputer genre "Grand Strategy Wargames"; kali pertama Master of Orion 10 tahun lalu dan rasanya tidak sampai sejam bermain saya terus tinggalkan sehinggalah STELLARIS. Sehingga kini mengikut jam penggunaan STEAM bagi STELLARIS, saya telah bermain STELLARIS selama 55jam(9 hari selepas mendapatkannya melalui STEAM; 11/05/2016).

Ini mungkin disebabkan integrasi tutorial yang lengkap dan permainan secara langsung. Walaubagaimanapun pemain boleh menyahaktifkan tutorial tersebut apabila pemain sudah dapat membiasakan diri dengan permainan STELLARIS.

Sebenarnya permainan ini terlalu banyak ciri-ciri dan faktor yang menjadikan asas kepada ancaman, penyebab atau kejayaan empayar pemain dan tidak mungkin untuk saya menerangkan semua disini. Oleh itu saya akan cuba terangkan yang asas dan utama dalam STELLARIS berdasarkan permainan yang saya tempuhi.


STELLARIS menyediakan pembangunan teknologi untuk perkembangan empayar saya melalui tab teknologi disebelah kiri atas antaramuka permainan. Melalui tab ini saya diberi tiga jenis penyelidikan iaitu "Physics", "Society" dan "Engineering".Teknologi ini membolehkan empayar pemain membuka teknologi-teknologi terkunci selama mana empayar pemain tumbuh.

Walaubagaimanapun kadar pertumbuhan teknologi empayar pemain sebenarnya bergantung kepada sumber empayar, yang mana sumber ini adalah "Energy Credits", "Minerals" dan " Influence". Dan pastikan sumber anda tidak negatif seperti gambar kepunyaan saya diatas....hehe....kerana sumber ini bukan sahaja mempengaruhi kadar pertumbuhan teknologi empayar pemain malah hampir keseluruhan ciri-ciri permainan.

Dan didalam galaksi yang saya diami juga terdapat bahan eksotik yang mana saya perlu cuba dapatkan untuk empayar yang saya bina; kerana bahan eksotik akan membuka kepada teknologi yang jarang ditemui dalam galaksi saya. Dan pemain perlu berhati-hati kerana empayar-empayar sanggup berperang kerana bahan eksotik tersebut.


Tab kedua adalah "Situation Log", disini pemain boleh mendapatkan pelbagai maklumat objektif dan tutorial permainan yang perlu disiapkan, malah bonus objektif juga dipaparkan disini. "Victory" objektif juga dipaparkan di dalam sub-tab disni.


Tab ketiga adalah "Ship Designer", disini pemain boleh meningkatkan keupayaan armada pemain; terdapat pilihan kapal dari kelas "Corvette" sehinggalah "Battleship" dan dari "Science Ship" sehinggalah "Fortress". Walaubagaimanpun kemampuan pemain meningkatkan keupayaan armada pemain bergantung kepada teknologi yang telah berjaya pemain buka.


Tab keempat adalah "Contacts", disini pemain boleh berhubung dengan seluruh empayar dalam galaksi pemain untuk BERPERANG, BERDAGANG, BERKESATUAN, MENYATAKAN PERSAINGAN, MEMALUKAN EMPAYAR DAN MEMBUKA KEDUTAAN. Dan setiap pilihan pemain akan memberi impak yang besar terhadap empayar pemain. Manakala sub-tab "Species" membuka potensi baru komuniti empayar pemain dengan melakukan projek istimewa terhadap sesebuah komuniti planet pemain, iaitu mengubah genetik mereka. Projek istimewa ini memerlukan "Edicts" sebagai nilainya. Apa itu "Edicts"? Google lah cik kak oiii...hehe


Tab kelima adalah "Empire", sebagaimana dengan namamya disini pemain boleh menguruskan keseluruhan planet, pemimpin dan puak didalam empayar pemain secara makro; dan akan tiba masanya pemain perlu mewujudkan sektor didalam empayar pemain kerana apabila planet yang diuruskan pemain melebihi bilangan kemampuan empayar pemain ia akan menggunakan sumber empayar pemain untuk menguruskan lebihan planet. Oleh itu bersedialah;-)


Dan tab paling besar dalam antaramuka STELLARIS ini adalah tab "Government", pilihan sub-tab disini adalah seperti "Government", "Budget", "Policies" dan "Demographics". Kesemua sub-tab mempunyai makluman dan pilihan yang boleh mengubah suasana dan situasi empayar pemain. Walaubagaimanapun jarang sekali saya menggunakan tab ini, asalkan pemain tahu mengawal keadaan ekonomi empayar pemain.

Mungkin pada bakal pemain atau pembaca yang belum pernah cuba atau lihat permainan komputer ini akan merasakan;

"Apa ni, game apa main tengok peta dan update itu ini, macam ni pun ada ka? Boring!!"

Apa yang saya terangkan diatas adalah baru asasnya sahaja itupun belum keseluruhan asasnya; jadi tidak mungkin untuk saya terangkan semuanya, oleh itu saya belanja kawan-kawan gambar ciri-ciri yang lain.

UNoE dan empayar jiran tetangga didalam galaksi. Pada pandangan ini sumber dari setiap bintang ditunjukkan.

Kawalan mikro sesebuah planet.

"War is coming!", kawalan mikro armada.

"Outliner" sebagaimana yang ditunjukkan ketiga-tiga gambar diatas merupakan tab mudah untuk pemain bergerak ke tempat pemilikan pemain dan tab ini juga memaparkan aset milikan kerajaan pemain.

Banyak lagi ciri-ciri yang lain yang tak dapat diterangkan disini melainkan pemain atau pembaca bermain permainan ini sendiri. Akhir sekali belilah perisian permainan komputer yang tulen kerana pembangun juga mahu makan dan minum!

PROs

1. Grafik yang baik.
2. Multi-platform
3. Berjaya mencapai genrenya "GSW".(kawalan makro dan mikro yang seimbang)
4. Simulasi perang angkasa yang menarik.
5. Penerbit menjanjikan kemaskini yang besar dan DLC(That's why buy Original content!)

CONs

1. Kadang-kadang terasa jugak bosan menunggu kerana timer anda cuma ada 3 tahap sahaja.
2. Percubaan bermain permainan ini dalam ubuntu 16.04 LTS "to much lag".
3. Walaupun Paradox selalu menunaikan janjinya ia masih tetap boleh dicapatikan.
4. Maaf ye bang...DLC perlu dibayar. So simpan duit.

Keperluan Minimum untuk STELLARIS;

Sudah tentu sebuah PC!...hehe...Tuan puan boleh tengok di dalam "Store Page STELLARIS".

AMARAN AWAL
Pastikan sebelum anda menekan butang "Play" permainan ini; esok pagi tiada mesyuarat di pejabat atau bagi pelajar tiada kelas. Kerana permainan ini ada "attraction", "attention" dan paling teruk "addiction"...haha...

PENILAIAN
Memandangkan ini pertama kali saya membuat ulasan berkenaan permainan komputer; untuk memberi bintang macam Ceria Popstar pulak, nak bagi HAHA macam Maharaja Lawak pulak.

Hmmm. Oleh kerana saya org Kelantan dan meminati petai dan budu, saya bagi PETAI lah.

Out of 5:-


No comments: