Monday, December 18, 2017

BEYOND SKYLINE(2017) MALAY SUBTITLE

Cari punya cari "Malay Subtitle for Beyond Skyline(2017)" tak jumpa. Jadi aku buat sendiri...haha.
Jadi aku kongsi sajalah dengan korang semua. Jangan risau takde virus takde "trojan horse" dalam ni. So, enjoy!

*Sila komen sekiranya rasa-rasa aku salah terjemah kedalam Bahasa Melayu*

Sunday, December 17, 2017

Ulasan Permainan ENDLESS SPACE 2

"Kamon!Kamon!Kamon!"...haha..."Game Over!". Aku tak suka bila mula main permainan komputer baru mulakan dengan tutorial; apa yang aku suka buat terus terjun masuk kandang lawan dengan lembu yang tengah marah gila! Dengan kata lain terus "Skirmish/Campaign" dengan kesusahan maksimum. Dan bila dah tak terkawal baru aku rendahkan tahap kesusahan permainan tersebut. Dan inilah yang terjadi kepada "ENDLESS SPACE 2" yang aku main dalam masa permainan ini diberi tempoh percuma November lalu melalui "Steam Client"(Dah lama tak main konsol). Takde masa lah nak main tutorial, bosan.....


ENDLESS SPACE 2 adalah permainan komputer strategi berasaskan "turn based" di dalam genre 4X(eXplore, eXpand, eXploit & eXterminate). Jadi kepada sesiapa yang tak minat dengan permainan strategi "turn based" boleh la ke pos yang lain yea...😇. Ulasan ini lebih kepada pandangan peribadi/ulasan peribadi kerana 2 hari aku main dalam tempoh percuma aku masih belum dapat tangkap operasi permainan dengan jelas.

Adakah kerana secara semulajadinya aku tak suka main permainan video " turn based"?

Adakah kerana aku tak suka permainan video yang terlalu banyak proses pengurusan?

Atau aku dah silap pilih permainan percuma bertempoh?

Entah yang mana satu jawabannya; anda boleh tentukan dengan terus membaca pos ini.

Gambar diatas merupakan "EMPIRE SUMMARY" anda; dan melalui antaramuka ini anda boleh saksikan planet koloni anda dan juga armada yang ada dalam inventori anda. Secara peribadi permainan komputer ENDLESS SPACE 2 ini adalah lebih kepada sebuah permainan simulasi pengurusan di dalam genre 4X diangkasa lepas.

Di permulaan permainan anda bermula dengan seorang "Hero" yang mana anda boleh tambahbaik kemampuan  unit tersebut secara unik. Penambahbaikan unit "Hero" anda akan mempengaruhi kemampuan planet atau armada anda menghasilkan produk yang bersangkutan. Tetapan penambahbaikan terbuka bersama dengan sejauh mana pencapaian permainan anda.


Secara ringkasnya ENDLESS SPACE 2 didatangkan dengan 8 menu operasi permainan utama; "EMPIRE SUMMARY" dan "HERO MANAGEMENT" sebagaimana diatas. Dan enam lagi sebagaimana berikut;


"SENATE SCREEN" merupakan antaramuka suasana politik empayar anda. Disini anda boleh memilih untuk memberi sokongan politik terhadap mana-mana pengaruh politik. Tapi ingat! Setiap pengaruh politik memberi kesan terhadap empayar anda samada dari segi produktiviti sumber minerals atau undang-undang yang diaktifkan bersama pelantikan pengaruh politik yang terpilih.


"ECONOMY SCREEN" Paparan ekonomi dimana terdapatnya dua tab mewakili "TRADE & RESOURCES" yang mana anda perlukan syarikat untuk meniagakan sumber anda dan "MARKETPLACE" di mana anda boleh membuat pembelian sumber terutama sumber-sumber strategik dalam pembinaan empayar anda.

"TECHNOLOGY SCREEN" merupakan paparan penyelidikan yang boleh anda lakukan, penyelidikan dalam ENDLESS SPACE 2 terbahagi kepada 4 bahagian "ECONOMY AND TRADE", "SCIENCE AND EXPLORATION", "EMPIRE DEVELOPMENT" DAN "MILITARY".


Berdasarkan kefahaman aku dari penerangan permainan ini; pemilihan teknologi yang anda lakukan akan menentukan arah tuju empayar anda; yang mana juga faktor pengaruh politik yang terbina dalam empayar anda. Jadi pilihlah yang terbaik.

Jadi bila ada banyak empayar dalam galaksi anda sudah tentu ada yg tidak bersefahaman; rambut sama putih atau sama-sama takde rambut atau sama-sama botak licin hati lain-lain bukan, bagi menyelesaikan masalah ini nampaknya ada empat cara yang saya fahami anda bayar ufti, atau anda terima ufti kalau anda kuat la...anda berunding berdiplomasi dengan musuh anda, atau berkonflik dengan musuh anda.

Dalam konflik terbahagi kepada 2 dalam permainan ini satu di darat di planet koloni anda dan satu lagi di angkasa dalam sistem solar anda(armada anda).

Jadi beginilah keadaannya bila anda berkonflik dengan musuh anda dalam ENDLESS SPACE 2.

Di permukaan planet anda, "Ground Battle at [Nama planet koloni anda]";


Beginilah antaramuka permainan apabila koloni di planet anda akan diserang. Anda boleh pilih bagaimana anda nak pertahankan kedaulatan anda. Sila pilih!😅

Dan peperangan bermula!


Biarpun dengan 3 pilihan corak peperangan di permukaan planet; tetapi tetap rasa kekurangan perincian pada peringkat ini dan secara grafikalnya cuma kelihatan "on foot soldier" sahaja. Kurang logik bila sebuah empayar angkasa yang harus kita fahami disini tentunya berteknologi tinggi tiada pilihan seperti artileri, pengeboman dari angkasa, kenderaan berperisai, jet pejuang dan sebagainya perang taktikal. Disini saya lihat kurang perincian dalam permainan. Secara mudahnya permainan tidak memaparkan video perang permukaan pun sudah cukup bila keputusan peperangan sekadar berasaskan jumalh kekuatan dan kualiti pasukan.

@ adakah aku tak jumpa butang mana-mana bila tekan keluar satu macam perincian??!😎

Peperangan angkasa pula hampir sama konsepnya...mungkin ada kelebihan sikit kot!👅


Antaramuka peperangan angkasa...


Apabila anda menekan butang "Advanced" di antaramuka perang yang akan berlangsung, anda akan dipaparkan dengan antaramuka "Advanced Battle Setup" yang mana memberi anda pilihan corak peperangan berdasarkan kemampuan armada anda. Sila pilih!😏


Peperangan angkasa memberi anda lebih perincian namun begitu tidaklah terlalu bebas untuk mengatur gerak armada anda; anda cuma diberi 3 pilihan corak peperangan angkasa untuk dipilih. Tiada yang lebih menarik melainkan grafik peperangan yang cantik, itu sahaja. Permainan ini menjadikan peperangan angkasa seperti peperangan di permukaan laut; dengan kata lain dalam dua dimensi. Simulasi yang cantik bagaimanapun seperti tidak logik kerana peperangan di angkasa adalah dalam 3 dimensi dan tiada musuh yang akan tinggalkan lawannya jika mereka tahu lawannya sudah lemah. Dan tiada armada yang akan terus berada dalam peperangan sekiranya mereka masih ada peluang untuk hidup dan kembali dalam peperangan.

Atau corak permainan sebegini sememangnya diterima dalam permainan komputer berstrategi "turn based" dan dalam genre 4X.


Beginilah gambaran galaksi anda...

Masih ada lagi yang aku tak cerita berkenaan permainan komputer ini...tapi dah malas sebab permainan ini seperti tiada daya tarikan untuk aku...I just lost...mungkin mereka perlu ubah corak permainan komputer ni.

Jadi kepada rakan-rakan yang terasa nak beli dekat "steam" permainan ini tunggulah ketika dia buat diskaun sehingga 80%...baru beli...tempoh percubaan yang aku main pun sekejap je...tu pun dah hilang mood...

Pro:-
a. Grafik yang sangat menarik.
b. Antaramuka yang sangat kemas dan pemilihan warna yang terbaik.

Kon:-
a. Corak permainan yang agak sukar difahami, lagi senang Stellaris.
b. Implementasi peperangan di permukaan yang agak sambil lewa.
c.  Lokasi sumber-sumber dalam antaramuka agak kacau; sukar difahami.
d. Tiada daya tarikan; "I call it no soul".

Tapi pada rakan-rakan yang membaca ulasan ini dan masih mahu membelinya pastikan minima komputer anda seperti berikut:-


    OS: Windows (64bits only) 7 / 8 / 8.1 / 10
    Processor: i3 4th generation / i5 2nd generation / A6 series
    Memori: 4 GB RAM
    Grafik kad: Intel HD 4000 / AMD Radeon 5800 series / NVidia 550Ti
    DirectX: Version 11
    Storan: 8 GB available space
    Kad bunyian: DX11 compatible
    Nota tambahan: Resolusi Minima: 1280 x 720

So macam biasa aku nak bagi petai; dari 5 biji petai aku bagi 2 saja untuk permainan ini.







Sekian.

Thursday, November 30, 2017

NOW EVERYONE CAN DOTA!

Benar! DubizShoppe menawarkan eksklusif "CPU Tower" dengan perkakasan terpilih dan saya akan membinanya. Anda boleh hubungi saya melalui komen pos ini @ facebook DubizShoppe(https://www.facebook.com/izshoppe.dub) untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Tawaran Pertama!   >>   Ya, ini kerana setelah akaun facebook ini dibuat inilah cubaan pertama produk yang mahu dihasilkan.Biarpun akaun ini dah lama dibuat.

"Tough as hell"   >>   Disini bukan bermaksud nak bawa anda ke neraka(Tapi anda masih boleh ke neraka jika anda lupa bahawa anda hamba yang lemah). Bagaimanapun maksudnya OS yang akan dipasang adalah Linux, berdasarkan pilihan anda. Pemasangan perisian Microsoft melibatkan kos(Tambahan kos kepada harga yang saya tawarkan)

Kenapa Linux sebagai pilihan:-
1. Tiada kos perolehan perisian kerana pemilihan linux yang percuma sahaja.
2. Pengoperasian. Susah???!!Tidak lagi dimasa kini.
3. Anda tidak perlukan anti-virus.( Risiko teramat rendah bagi serangan "Ransomware" dan virus berasaskan Microsoft Windows; "except you are stupid enough to run on your Linux system")
4. Sistem yang sangat susah digodam.
5.Akan dilengkapkan dgn Libreoffice; dimana ia adalah perisian percuma. Dan anda boleh terus melakukan kerja sekolah anda:-)(Mempunyai fungsi dan pengoperasian yang hampir sama dengan Microsoft Office)
6. Anda sbnrnya hanya membayar harga seunit "CPU Tower" dan mendapat sebuah sistem yg boleh terus digunakan.(Dgn syarat Monitor, Mouse, Keyboard & kabel dah ada ye..:-) 

Perkakasan Terpilih @ RM1600

1. A10 9700 4C @3.5Ghz (Radeoan R7 series graphic)
2. AMD A320 Chipset Mobo(Dual Channel Architecture)
3. 8GB Performance Ram DDR4(Selected for gaming in mind)
4. 1TB HDD
5. PSU
6. ATX Tower(Micro/Common)
7. DVD+RW

Perkakasan ini dipilih berdasarkan "Requirement" DOTA 2 dan pemilihan berasaskan keupayaan kemaskini perkakasan(Upgradable). Jadi anda tidak perlu risau; sistem anda adalah teknologi yang terkini dalam pasaran dan mampu dikemaskini dengan perkakasan baru sekiranya perlu. Sistem akan dipasang dengan "Steam client" sekiranya diminta.

"NOW EVERYONE CAN DOTA!"

Permintaan pemasangan perisian lanun tidak akan dilayan. Pemasangan perisian Microsoft yang tulen sahaja sekiranya diminta dan anda boleh hubungi saya untuk mendapatkannya.

 Tawaran in hanya untuk kawasan Kok Lanas, Kota Bharu dan sewaktu dengannya sahaja.(Sebab senang nak jumpa & deal)

Kini "Post" ini telah saya jadikan sebagai "Pages" dalam "NOW EVERYONE CAN DOTA" anda boleh kesana untuk sebarang kemaskini dan permintaan.

Sekian. Terima kasih.